新闻发布



100 pilihan menu iftar

Posted on: 11 May, 2019

KAMBING bakar lazat dan menyelerakan.

BERTEMAKAN tradisional sempena Ramadan kali ini, Hotel Four Points by Sheraton Puchong, Selangor menawarkan lebih 100 menu lazat dan menyelerakan yang pasti membuatkan anda tersenyum puas menikmati hidangan terbaik bufet Ramadan.

Anda boleh memilih pelbagai menu tempatan lazat termasuk beriani rempah bersama ayam, daging lembu yang direbus bersama krim kelapa, kambing bakar istimewa, pelbagai masakan udang, ayam, daging, rusa, ikan dan variasi sate lazat.

Lebih menarik, anda boleh memilih hidangan makanan yang disediakan secara terus di situ seperti Yong Tau Foo, mi segera goreng, sayur-sayuran segar dan tempe udang.

Hidangan pencuci mulut juga tidak terkecuali, pelbagai hidangan pastri dan kuih-muih disediakan. Anda juga berpeluang merasai sendiri buah-buahan tempatan segar yang dikupas terus seperti nangka, cempedak dan pisang.
 

ANTARA hidangan bufet Ramadan di hotel Four Points by Sheraton Puchong.
 


Bufet Ramadan di Citarasa Warisan hotel Four Points by Sheraton Puchong boleh dirasai bermula 6 Mei hingga 3 Jun ini dengan bayaran RM130 bagi dewasa manakala RM65 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun.

Nikmati potongan harga hebat untuk tempahan awal yang dilakukan pada 1 April hingga 12 Mei dan 1 Jun hingga 3 Jun pada harga RM78 bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.

Anda juga berpeluang menikmati potongan 20 peratus sekiranya menggunakan kad kredit terpilih Maybank dan CIMB. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh e-mel kepada eatery.puchong@fourpoints.com atau hubungi talian 03-58918855.
 

 
Loading...