新闻发布



Untung bersih IOI Properties meningkat kepada RM194.7 juta

Posted on: 27 May, 2019

KUALA LUMPUR 27 Mei - Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd. (IOI Properties) meningkat kepada RM194.70 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2019 daripada RM156.16 juta pada suku sama 2018.

Perolehan berkurangan kepada RM487.74 juta daripada RM510.52 juta bagi tempoh yang sama.

IOI Properties dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, peningkatan keuntungan tersebut didorong keuntungan operasi lebih tinggi disumbangkan oleh pembangunan hartanah di China dan perkongsian keuntungan lebih tinggi dalam usaha sama terutama daripada jualan South Beach Residences di Singapura.

“Penurunan perolehan pula disebabkan sumbangan berkurangan daripada segmen pembangunan hartanah. Walaupun pasaran hartanah di Malaysia terus suram bagi jangka pendek, syarikat kekal yakin dengan Kempen Pemilikan Kediaman yang disokong kerajaan.

“Selain itu, kempen pemasaran yang giat di platform tradisional dan digital akan memacu prestasi jualan lebih baik pada suku akan datang. Syarikat menjangkakan terus mencatatkan prestasi memuaskan pada sukuan akan datang,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA

 
Loading...