新闻发布



Untung bersih IOI Properties meningkat kepada RM194.7 juta

Posted on: 28 May, 2019

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd menngkat kepada RM194.70 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2019 daripada RM156.16 juta pada suku sama 2018.

Perolehan berkurangan kepada RM487.74 juta daripada RM510.52 juta bagi tempoh yang sama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pemaju hartanah itu berkata peningkatan keuntungan tersebut didorong keuntungan operasi lebih tinggi disumbangkan oleh pembangunan hartanah di China dan perkongsian keuntungan lebih tinggi dalam usaha sama terutama daripada jualan South Beach Residences di Singapura.

Penurunan perolehan pula disebabkan sumbangan berkurangan daripada segmen pembangunan hartanah.

Walaupun pasaran hartanah di Malaysia terus suram bagi jangka pendek, IOI Properties kekal yakin dengan Kempen Pemilikan Kediaman baru-baru ini yang disokong kerajaan ditambah dengan kempen pemasaran yang giat di platform tradisional dan digital, akan memacu prestasi jualan lebih baik pada suku akan datang.

“Syarikat menjangkakan terus mencatatkan prestasi memuaskan pada sukuan akan datang,” menurutnya.

 
Loading...